Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Perasmian Stesen Pemancar Seberang Laut Radio Malaysia, Kajang

Pada hari ini dalam tahun 1967, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berkenan merasmikan stesen Pemancar Seberang Laut Radio Malaysia yang baru di Kajang, Selangor.  Stesen Pemancar Seberang Laut yang baru ini mengandungi empat aerial logarithmik (logarithmic Aerial). Satu daripada aerialnya dipancarkan ke arah Malaysia Timur, satu ke arah negara China, Jepun, Cambodia dan Vietnam dan satu lagi dipancarkan ke arah India, Pakistan dan Burma. Terdapat sebuah 'Logarithmic Periodic Aerial' yang boleh berputar-putar untuk memancarkan siaran ke arah yang dikehendaki. Di samping empat aerial logarithmik, terdapat juga tiga buah aerial 'Arrays' yang hanya memancarkan program-program tempatan. Dalam titah ucapan perasmiannya, Sultan Selangor telah menggesa Jabatan Radio Malaysia supaya membanyakkan siaran yang bercorak menyatupadukan rakyat dan menggalakkan mereka melipat gandakan usaha untuk kemajuan negara ini. Baginda menyifatkan stesen pemancar ini sebagai satu kemajuan yang telah dicapai oleh Kerajaan Malaysia. Di samping itu, baginda mengesyorkan supaya rancangan-rancangan pendidikan dan pelajaran ditambah kerana rancangan-rancangan ini boleh mendorong rakyat mempelajari dan membaiki corak kehidupan mereka. Sesungguhnya dengan perasmian Stesen Pemancar Seberang Laut Radio Malaysia di Kajang pada hari ini dalam tahun 1967, diharapkan rancangan-rancangan yang diselenggarakan dapat dibaiki serta disesuaikan dengan kehendak masyarakat dan keadaan sekeliling negara ini.    


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768