Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERASMIAN STESEN SENTRAL KUALA LUMPUR

Pada hari ini dalam tahun 2001, Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) dibuka dengan rasminya oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi di Brickfields, Kuala Lumpur. KL Sentral dibina bagi mengambil alih peranan Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Ia menjadi nadi rangkaian pengangkutan baru yang dapat mengintegrasikan sistem pengangkutan sedia ada serta melancarkan perjalanan ke Cyberjaya, Putrajaya dan KLIA di Sepang. KL Sentral  mempunyai enam aras dan dilengkapi 28 trek serta 12 platform merangkumi perkhidmatan KTM Komuter dan Express Rail Link. Selain dari itu, pembangunan projek KL Sentral turut merangkumi KL City Air Terminal  yang dipercayai satu-satunya terminal udara seumpamanya didunia, yang menyediakan kemudahan daftar masuk bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768