Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

17
Dec
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Perasmian Taman Burung Kuala Lumpur

Pada hari ini dalam tahun 1991, Perasmian ‘Taman Burung Kuala Lumpur’ telah disempurnakan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Bainun dan turut dihadiri oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Elyas Omar. Taman Burung tersebut berharga RM12 juta dan terletak di kawasan Taman Tasik Perdana. Ia dianggap sebagai sebuah sangkar burung yang terbesar di dunia.  Taman Burung ini berkeluasan 3.2 hektar dan menempatkan kira-kira 6,000 ekor burung daripada 200 spesis tempatan dan luar negara. Antaranya ialah burung kenyalang, ranggung, nuri, serindit, panglin, flamingo, green pigeon, scarlet macao dan berbagai jenis lagi. Taman Burung tersebut juga dilengkapi dengan sebuah sudut penetasan iaitu `inkubator', tempat penetasan dan pemanasan telor burung, restoran, kiosk minuman, gerai cenderamata dan tempat-tempat duduk di sekitar taman. Taman tersebut telah menjadi satu lagi daya penarik kepada Kuala Lumpur.  Ia dibuka setiap hari dan menjadi tumpuan ramai terutama pada hari-hari kelepasan am dan hujung minggu. Sesungguhnya, perasmian Taman Burung Kuala Lumpur ini bukan sahaja menjadi tempat pelancongan untuk pelancong-pelancong luar negara malah sebagai tempat bersejarah, istirehat dan rekreasi penduduk ibu kota.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768