Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERASMIAN TERMINAL LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA PULAU PINANG

Pada  hari  ini  dalam  tahun  2001,  YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi merasmikan terminal baru Lapangan Terbang Antarbangsa (LTAB) Pulau Pinang di  Bayan Lepas. Lapangan Terbang ini adalah lapangan terbang yang terpenting di Utara Semenanjung dan ia merupakan satu pusat komersial dan perhubungan yang mempunyai kaitan yang rapat dengan segala kegiatan ekonomi di utara serta memberi faedah kepada penduduk Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak. Dalam tahun 2000, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang telah mengendalikan seramai 2.75 juta penumpang. Dari jumlah tersebut seramai 1.3 juta adalah penumpang yang tiba di Pulau Pinang.  Sesungguhnya dengan pembesaran bangunan terminal lapangan terbang Pulau Pinang akan memberi lebih keselesaan pada penumpang dan pelancongan dan sekaligus akan menjadi pemangkin kepada industri-industri hiliran yang akan mencipta pekerjaan kepada rakyat. 

Skrip: Nurzuliana Kamaruzaman / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768