Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERATURAN PENTADBIRAN LADANG-LADANG GETAH DITERBITKAN

Pada hari ini dalam tahun 1908, Persatuan Penanam-penanam Getah, menerbitkan Peraturan bagi Pentadbiran Ladang-ladang Getah di Tanah Melayu. Penerbitan peraturan bertujuan menyelaraskan pentadbiran ladang-ladang getah yang semakin bertambah. Di antara lain peraturan itu memperuntukkan cuti kakitangan dihadkan kepada 21 hari dalam setahun. Cuti panjang hanya diberi selepas berkhidmat selama 5 tahun dengan separuh gaji dan jumlah maksimanya ialah 8 bulan. Selain itu, tiada seorang pun kakitangan boleh diambil bekerja oleh syarikat lain tanpa persetujuan dari pihak majikannya terlebih dahulu manakala kakitangan berbangsa Eropah dilarang untuk mempunyai tanah. Peraturan ini mencetuskan perhimpunan besar oleh penanam-penanam getah. Berikutan itu, seorang pemimpin mewakili penanam-penanam getah telah dilantik bagi membela hak mereka. Pelantikan itu telah memberi harapan baru dan perangsang kepada penanam-penanam getah dan akhirnya mereka membatalkan hasrat untuk mengadakan mogok secara besar-besaran. 

Skrip: Aliza Minai Rajab/ Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768