Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

20
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERAYAAN ULANG TAHUN KE 100 PEMBUKAAN KUALA LUMPUR

Pada hari ini dalam tahun 1959, Kuala Lumpur menyambut ulang tahun pembukaannya yang ke-100. Perayaan yang diadakan selama tiga  hari ini dihadiri oleh tetamu-tetamu dari luar negeri dan juga warga emas yang masih mengingati sejarah suka duka pembukaan Kuala Lumpur sehingga menjadi sebuah bandar terkenal. Terletak di kawasan Lembah Kelang di bawah kekuasaan Sultan Selangor, kawasan ini mula berkembang di bawah Ketua Jajahan, Raja Abdullah yang juga merupakan seorang pengusaha perlombongan. Aktiviti perlombongan yang giat dijalankan, menyaksikan kemasukan kira-kira 87 orang pekerja lombong bangsa Cina ke negara ini dan meneroka di sepanjang Sungai Kelang hinggalah ke pertemuan Sungai Gombak yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Kuala Lumpur. Dari sebuah perkampungan yang menjadi nadi perdagangan bijih timah, Kuala Lumpur ini menjadi sebuah kota yang terkenal dimata dunia seiring dengan peningkatan ekonominya dan kepesatan pembangunannya.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768