Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

20
Oct
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Perbadanan Kemajuan Pelancongan Ditubuhkan

Pada hari ini dalam tahun 1972, Perbadanan Kemajuan Pelancongan telah ditubuhkan. Ia ditubuhkan untuk menggalakkan usaha-usaha pelancongan di Malaysia di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa juga menyertai dalam pembangunan fizikal industri pelancongan. Dalam tahun 1972, Akta Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia 1972 telah diluluskan oleh Parlimen dan mendapat persetujuan Diraja dan dengan ini Perbadanan menjadi sebuah badan berkanun.  Ahli-ahli Lembaga Pengarah adalah dilantik oleh YB Menteri Perdagangan dan Perindustrian dan adalah bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Perbadanan dan pentadbiran am mengenai hal ehwal dan urusan Perbadanan.  Di dalam menjalankan tugas-tugas yang diperuntukkan, garis-garis yang ditetapkan oleh Perbadanan adalah seperti berikut:

  • Memperkenalkan Malaysia di dalam pasaran antarabangsa dan serantau.
  • Menambahkan perjalanan warganegara Malaysia di masa cuti di antara negeri bagi menggiatkan lagi perkembangan pelancongan dalam negeri (menyertai dalam pembangunan fizikal industri pelancongan).
  • Mengadakan perhubungan perwakilan dan menjalankan tugas-tugas yang berhubung dengan pelancongan Antarabangsa dan serantau.
  • Menempatkan Malaysia sebagai pusat konvensyen.
  • Mengikuti perkembangan pembangunan dan memastikan keperluan sekarang dan masa depan bagi pelancong-pelancong dalam negeri dan luar negeri dan juga membuat pengesyoran bagi pembangunan Wilayah.
  • Mengumpul, mengolah data-data pelancongan dan keterangan-keterangannya bagi penggunaan statistik pelancongan.
  • Mengatur, mengawal dan menentukan Industri Pelancoangan berkembang bagi kepentingan negara.

Dengan tertubuhnya Perbadanan Kemajuan Pelancongan pada hari ini dalam tahun 1972 dapatlah dipastikan industri pelancongan di Malaysia berkembang pesat sejajar dengan dasar ekonomi baru kerajaan.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768