Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

20
Oct
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERDANA MENTERI DIANUGERAH BERET KOMANDO

Pada hari ini dalam tahun 2009,  Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dianugerahi Beret Hijau Kehormat, lambang keagungan, keperwiraan dan mutu keberanian tinggi.  Penganugerahan ini disampaikan oleh Panglima Tentera Darat, Jenderal Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin di Padang Kawat 21 Grup Gerak Khas (GGK), Kem Iskandar, Mersing, Johor.  Perdana Menteri juga turut dipakaikan Lanyard Biru, Sangkol (dagger) dan Lambang Sayap Ketua Penerjunan.  Perdana Menteri dipilih untuk menerima anugerah ini berdasarkan kepada ketokohan, kewibawaan dan kecemerlangan beliau sebagai Perdana Menteri. Beliau juga banyak memberi sumbangan ke arah mempertingkatkan pembangunan dan pemodenan Gerak Khas khususnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya. Datuk Seri Abdullah merupakan penerima kedua anugerah ini selepas mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menerimanya pada tahun 2001.  Sesungguhnya, Beret Hijau adalah lambang pengorbanan serta taraf profesionalisme yang tinggi bagi setiap wira yang memakainya dan diterima sebagai ahli Rejimen Gerak Khas iaitu pasukan yang diperakui sebagai pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768