Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Apr
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERDANA MENTERI RASMI KAMPUS UIAM

Pada hari ini dalam tahun 2001, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dibuka secara rasmi oleh pengasasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dalam suasana penuh bersejarah dan gilang gemilang di kampus tetapnya di Gombak. Kampus yang terletak di kawasan seluas 272 hektar ini mempunyai reka bentuk yang unik hasil adunan seni bina Islam dan tradisional Melayu. UIAM  ditubuhkan pada tahun 1983 bertujuan untuk menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam dalam pengajian peringkat tinggi. Antara negara luar yang memilih UIAM sebagai tempat rakyatnya menimba ilmu ialah Sri Lanka, Australia, Bahamas, Bosnia, Kemboja, China dan Iran.  Perdana Menteri turut melawat gerai pameran yang disediakan di Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar. Dengan perasmian kampus ini, UIAM mampu mengorak langkah lebih jauh dalam meneruskan agenda memartabatkan pengajian Islam di Negara ini.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768