Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERHIMPUNAN HARI PENGAKAP SEDUNIA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN

Pada hari ini dalam tahun 1987, Perhimpunan Hari Pengakap Sedunia Peringkat Wilayah Persekutuan telah dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah, YB. Datuk Dr. Sulaiman Daud. Dalam ucapannya, Datuk Dr. Sulaiman menyatakan Pengakap merupakan "duta muhibah" terutama ketika menghadiri jambori di luar negeri. Dalam perhimpunan itu, Datuk Dr. Sulaiman Daud telah menganugerahkan pingat dan sijil kepada 26 pemimpin dan anggota Pengakap yang telah banyak membantu memajukan pergerakan Pengakap di negara ini. Datuk Dr. Sulaiman turut menyampaikan anugerah "Pingat Semangat Rimba" kepada Encik Lloyd Tan, En. Robert Tee Sing dan En. Mohamad Kamarudin sebagai menghargai perkhidmatan cemerlang mereka dalam Pengakap. Anugerah ini merupakan anugerah kedua tertinggi dalam perkhidmatan Pengakap. Dengan adanya perhimpunan ini diharap dapat memupuk dan menyemai nilai murni dalam diri semua ahli Pengakap demi menjaga nama baik Pengakap disamping memainkan peranannya yang tersendiri dalam pembangunan bangsa dan Negara.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768