Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

17
Dec
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Perjanjian Antara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Dengan "The Standard Oil Company Of New York"

Pada hari ini dalam tahun 1919, satu perjanjian telah dibuat di antara kerajaan Negeri-Negei Melayu Bersekutu dengan “The Standard Oil Company of New York”. Pada dasarnya melalui Perjanjian yang mengandungi 9 syarat ini, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu menyerahkan kuasa ke atas tanah seluas 1,000 kaki persegi di Batu Anam, Daerah Segamat, Johor berserta dengan bangunan dan sebagainya yang ada di atas tanah tersebut untuk kegunaan “The Standard Oil Company of New York” bagi jangkamasa daripada 1 April 1912 hingga 31 Disember 1932. Perjanjian tersebut adalah ekoran daripada perjanjian yang telah ditandatangani antara DYMM Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar dengan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 25 Ogos 1914. Dalam perjanjian tersebut DYMM Sultan Johor menyerahkan kepada Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu kuasa ke atas keretapi negeri Johor, bangunan dan kerja-kerja serta tanah di mana letaknya jalan keretapi, bangunan dan kerja-kerja yang bersabit dengan keretapi negeri Johor. Kuasa ini diberi untuk tempoh 21 tahun bermula daripada 1 Januari 1912. Perjanjian yang ditandatangani pada 25 Ogos 1914 ini telah membuka jalan kepada kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu membuat perjanjian dengan “The Standard Oil Company of New York” yang mana telah ditandatangani pada hari ini dalam tahun 1919 untuk memajukan kawasan seluas 1,000 kaki persegi di Batu Anam, Daerah Segamat, Johor.

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768