Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

20
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Perjanjian Bantuan Kerajaan Kanada Kepada Universiti Malaya

Pada hari ini dalam tahun 1961, satu perjanjian mengenai bantuan untuk memulakan kursus pentadbiran dan perdagangan di Universiti Malaya telah ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tinggi Kanada, Tuan A.R. Menzez dan Menteri Pelajaran Persekutuan, Encik Abdul Rahman bin Haji Talib. Upacara tersebut telah diadakan di Kementerian Pelajaran Persekutuan di Rumah Persekutuan Kuala Lumpur. Menurut perjanjian itu, kerajaan Kanada akan memberikan bantuan seorang pakar dan alat-alat kelengkapan untuk kursus tersebut. Bantuan itu akan berjalan selama lima tahun sehingga kursus itu dapat berjalan lancar di Universiti Malaya di bawah pengawasan pegawai-pegawai tempatan. Kursus tersebut yang akan dimulakan pada tahun 1961 ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada negara dalam melahirkan para graduan dalam bidang pentadbiran dan perdagangan.

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768