Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Perjanjian Bantuan Kewangan Republik Persekutuan Jerman Kepada Malaysia Ditandatangani

Pada hari ini dalam tahun 1971, satu perjanjian bantuan kewangan telah ditandatangani di Kuala Lumpur antara kerajaan Malaysia dengan Republik Persekutuan Jerman. Pinjaman sebanyak $ 4.1 juta ini bertujuan memajukan syarikat-syarikat kecil dan sederhana yang mengalami masalah kekurangan modal bagi memajukan perniagaan yang dijalankan oleh Syarikat IKS tersebut. Pinjaman ini disalurkan melalui Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Berhad (MIDF) yang kemudiannya akan menyalurkan pula kepada Syarikat-syarikat IKS yang telah dikenal pasti. Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Timbalan Menteri Kewangan, Encik Ali Hj. Ahmad bagi pihak Malaysia dan Encik Gerhard Ficher, Duta Republik Persekutuan Jerman di Malaysia, bagi pihak Republik Persekutuan Jerman. Pinjaman ini merupakan kali keempat yang diberikan oleh pihak Jerman kepada Malaysia. Pinjaman sebelumnya berjumlah $ 41 juta telah diberikan oleh pihak Republik Jerman kepada Malaysia. Dengan adanya persefahaman serta saling membantu antara kedua-dua negara, segala bantuan daripada pihak Jerman kepada Malaysia dapat berjalan dengan lancar. Dengan ini kemajuan dan pembangunan negara terutama di bidang industri kecil dan sederhana berkembang dengan pesat. 

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768