Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

23
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Perjanjian Bina Lagi Minyak Antara Petronas Dengan Conoco Inc Ditandatangani

Pada hari ini dalam tahun 1993, Petronas dan Conoco Inc iaitu sebuah Syarikat dari Amerika Syarikat telah menandatangani surat hasrat untuk menubuhkan syarikat usahasama bagi melaksanakan projek loji pemprosesan minyak keduanya di Melaka. Surat hasrat itu telah ditandatangani oleh Presiden Petronas, Tan Sri Azizan Zainul Abidin dan Conoco oleh Naib Presiden Eksekutif, Gary W. Edwards. Loji minyak yang akan dibina ini dijangka siap pada tahun 1997 dan ianya akan mempunyai kapasiti pemerosesan minyak 100,000 tong sehari. Loji itu akan memproses minyak mentah jenis ringan dan juga mampat. Antara hasil keluaran utamanya nanti ialah gas asli cecair, petroleum termasuk gred prima untuk diekspot, minyak tanah, bahan bakar jet A-1, diesel termasuk bahan bakar bersulfur rendah.  Di samping itu loji tersebut juga akan mengeluarkan sulfat dan petroleum pepejal. Presiden Petronas, Tan Sri Azizan berkata di bawah projek itu, loji berkenaan akan membina stesen penjanaan elektriknya sendiri dengan menggunakan bahan api dari petroleum pepejal.  Stesen penjanaan kuasa itu akan menjadi yang pertama di negara ini yang menggunakan bahan berkenaan. Selain dari menggunakan petroleum pepejal yang merupakan bahan sisa dari proses pemprosesan itu, bahan sisa seperti gas dan wap akan juga digunakan sebagai sumber bahan api di stesen janakuasa itu kelak. Encik Gary W. Edward dalam ucapannya memaklumkan bahawa syarikat tersebut memilih Petronas kerana yakin dengan rekod pencapaiannya dan Malaysia merupakan tapak pelaburan terbaik di rantau ini. Sesungguhnya dengan termeterainya surat hasrat untuk menubuhkan syarikat usahasama bagi melaksanakan projek loji pemprosesan minyak di Melaka ini diharap akan dapat meningkatkan lagi hasil pendapatan negara ke tahap yang lebih membanggakan.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768