Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERJANJIAN JOHAN VAN TWIST DENGAN NANING

Pada hari ini dalam tahun 1641, satu perjanjian telah ditandatangani di antara Belanda dengan Naning di Melaka. Pihak Belanda diwakili oleh Gabenor Belanda di Melaka, Johan Van Twist manakala pihak Naning pula diwakili oleh Tok Lela Pahlawan dan pembesar-pembesar lain. Di antara kandungan perjanjian ini ialah Gabenor dan ahli Majlis bersetuju melantik dan memberikan kuasa kepada Tok Lela Pahlawan untuk memerintah Naning dan kawasan-kawasan sekitarnya manakala Raja Merah Perpati Sauwatan Meranga Mata Kara serta Bangsa Raja, sebagai pembesar-pembesar dan ahli Majlis. Selain itu, pihak Naning hendaklah patuh dan menerima perintah yang ditetapkan oleh gabenor. Sekiranya orang-orang Naning, Minangkabau dan Melayu melanggar kandungan perjanjian ini, maka pembesar-pembesar mereka adalah bertanggungjawab untuk menyerahkan mereka kepada gabenor untuk dihukum. Walaupun Naning menandatangani perjanjian ini, namun Belanda masih gagal menguasai orang-orang Naning yang tetap kukuh dan bersatu dalam meneruskan penentangan terhadap usaha Belanda untuk menguasai daerahnya.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768