Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

23
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Perjanjian Johor-Belanda 1606

Pada hari ini dalam tahun 1956, Hospital Lady Templer telah dirasmikan oleh Lady Templer, isteri bekas Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu, Sir Gerald Templer. Hospital ini akan bertanggungjawab memberi rawatan khas dan sempurna kepada pesakit-pesakit jantung, paru-paru dan batuk kering. la adalah hospital yang pertama mengadakan pembedahan jantung dan paru-paru di Malaysia. Hospital ini juga memberi perkhidmatan umum dan kecemasan sepenuh masa bagi segala bentuk perubatan. Hospital Lady Templer dibina sebagai institusi kesihatan yang ditubuhkan atas usaha serta bantuan dari pihak kerajaan di samping pertolongan daripada orang ramai. Kerajaan Negeri Selangor telah memberikan sebidang tanah seluas 20.3 hektar di Jalan Cheras, Kuala Lumpur untuk bangunan tetap hospital ini. Di peringkat awal ini kakitangan perubatan Hospital Lady Templer adalah terdiri daripada Penguasa Perubatan dan tiga orang pegawai perubatan yang tinggal di kawasan hospital. Mereka ini dibantu oleh jururawat, juru x-ray dan pembantu jururawat. Hospital ini sebenarnya mula menerima pesakit pada bulan  Ogos 1955. Pesakit-pesakit yang diberi rawatan di hospital ini adalah mereka yang tidak sembuh setelah dirawat di mana-mana hospital kerajaan atau di klinik-klinik swasta. Pada kebiasaannya seorang pesakit dirawat selama 1 hingga 2 bulan di hospital ini. Hospital ini juga mempunyai bank darah sendiri yang didermakan oleh perajurit tanahair, anggota polis, para pelajar dan orang ramai. Dengan wujudnya hospital Lady Templer ini lebih kurang 800 orang pesakit jantung, paru-paru dan batuk kering telah dapat dirawat dengan sempurna setiap tahun


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768