Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERJANJIAN MALAYSIA DISAHKAN

Pada hari ini dalam tahun 1963, Dewan Rakyat mengesahkan Perjanjian Malaysia. Usul mengenai perkara itu telah dibawa oleh Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Usul yang disahkan itu berbunyi : “Bahawa Dewan ini menyedari keinginan rakyat Sabah, Sarawak dan Singapura untuk bergabung dalam Malaysia bersama negeri-negeri yang ada sekarang dalam Persekutuan, sesuai dengan perjanjian yang ditandatangani di London pada 9.7.1963 dengan ini mengesahkan perjanjian itu”. Perjanjian di London itu merupakan persetujuan diantara wakil-wakil Inggeris, Sabah, Sarawak, Singapura dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengenai pentingnya penubuhan Malaysia. Penubuhan Malaysia dibuat berdasarkan hasrat untuk memelihara keamanan dengan menggabungkan negeri-negeri kecil yang mempunyai kepentingan, cita-cita dan harapan yang sama menuju ke arah kebajikan serantau khususnya kepada 10 juta penduduk negara-negara yang bakal menganggotainya.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768