Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERJANJIAN MENGENAI PEMBENTUKAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU

Pada hari ini dalam tahun 1895, satu perjanjian telah ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu empat buah negeri iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan dengan pihak British bagi membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan bernaung di bawah panji-panji British. Perjanjian ini dibuat berikutan tercetusnya beberapa kekacauan dan perebutan kuasa yang berlaku di keempat-empat buah negeri tersebut. Perjanjian yang mengandungi enam fasal ini antara lain menyentuh tentang persetiaan dan perakuan Raja-Raja Melayu menjadikan negerinya sebagai satu jemaah yang bernama Negeri-negeri Melayu yang bernaung di bawah bendera dan nasihat Kerajaan Queen. Raja-raja Melayu juga tidak boleh menjalankan kuasanya dalam negeri lain selain negerinya. Raja-Raja Melayu juga diminta menerima pegawai Inggeris bergelar Residen-Jeneral sebagai penasihat dan mereka hendaklah memberi pertolongan kepada pihak Inggeris apabila diminta berbuat demikian. Pihak Inggeris juga menegaskan bahawa perjanjian ini tidak akan mengubah atau mengurangkan kuasa mana-mana Raja Melayu dalam negerinya. Dengan termeterainya perjanjian ini maka bermulalah campur tangan Inggeris ke atas negeri-negeri Melayu hingga Tanah Melayu mendapat kemerdekaan.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768