Juga Pada Hari Ini..
-
SENIWATI SALOMA MENINGGAL DUNIA
-
PERTEMUAN SULTAN ISMAIL DENGAN J.W.W. BIRCH MENGENAI ALAT-ALAT KEBESARAN NEGERI PERAK
-
PERASMIAN RESTORAN JEJANTAS SUNGAI BULOH
-
Persidangan Pertanian Malaya Yang Pertama
-
Prevention Of Crime (Amendment) Bill Passed
-
Mesyuarat Ke-3 Menteri-Menteri Sains Asean
-
Persidangan 'Meja Bulat Bangsa Melayu' Oleh Tiga Buah Pertubuhan Melayu
-
Tahun Teknologi Getah 1991
-
Persidangan Gabenor-Gabenor Bank Pembangunan Asia Ke-7
-
Persidangan Pertanian Malaya Yang Pertama
-
Hari Mengundi 1964
-
Sultan Johor Kembali Dari Aceh Ke Batu Sawar
Peristiwa
PERJANJIAN NANING DAN REMBAU DENGAN BELANDA DI MELAKA DIPERBAHARUI
Pada hari ini dalam tahun 1680, satu perjanjian damai di antara Belanda di Melaka dengan Naning dan Rembau, diperbaharui. Belanda yang berjaya menawan Melaka pada 14 Januari 1641, sering diserang oleh Johor, dari Naning dan Rembau yang ingin membela kejatuhan Empayar Melaka. Pada 24 Julai 1641, Naning dan Rembau terpaksa menandatangani satu perjanjian dengan Belanda di Melaka. Mereka dikehendaki mengiktiraf kedaulatan serta kewibawaan Belanda yang juga berkuasa sebagai pemungut cukai keatas penjualan buah pinang, sireh, padi, cukai tanah dan cukai kepala kepada rakyat Naning dan Rembau. Raja Ibrahim dari Acheh yang dilantik sebagai pemimpin oleh Naning dan Rembau, memberi amaran kepada Belanda supaya tidak campur tangan di Naning dan kapal-kapal beliau di Selat Melaka. Tentangan Raja Ibrahim ini berakhir dengan kematian beliau ditangan seorang Bugis bernama Baggia. Kematian Raja Ibrahim menyebabkan Naning dan Rembau menjadi lemah dan terpaksa menandatangani perjanjian damai ini serta menerima kewibawaan Belanda di Melaka.
Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia