Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERJANJIAN PENGANGKUTAN LAUT MALAYSIA- BELGIUM DIMETERAI

Pada hari ini dalam tahun 1985, perjanjian perdagangan mengenai pengangkutan laut telah ditandatangani di antara Kerajaan Malaysia dengan Kesatuan Ekonomi Belgium, Belgio-Luxembourg Economic Union di Kuala Lumpur. Perjanjian ini ditandatangani bertujuan mengeratkan lagi hubungan persahabatan dan kerjasama bagi kedua-dua buah negara dalam bidang pengangkutan laut. Dato' Abu Hassan Omar telah menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak Kerajaan Malaysia manakala pihak Belgium pula diwakili oleh Timbalan Perdana Menterinya, Mr. Jean Gol. Selain itu, rombongan 90 orang ahli perniagaan dan perdagangan Belgium ini turut mengenal pasti beberapa lapangan lain yang boleh Malaysia dan Belgium bekerjasama. Dibidang pelajaran pula, Kerajaan Belgium melahirkan rasa bangganya kerana Malaysia mengiktiraf diploma dari universiti-universiti Belgium. Perjanjian pengangkutan laut yang ditandatangani pada hari ini telah membuka peluang-peluang perdagangan yang lain yang boleh diterokai bersama oleh kedua-dua negara. 

Skrip: Aliza Minai Rajab/ Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768