Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

19
Aug
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Perjanjian Perdamaian Malaysia – Indonesia

Pada hari ini 11.8.1966, Perjanjian Perdamaian  Malaysia-Indonesia telah ditandatangani di Jakarta. Kerajaan Malaysia telah diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abd. Razak manakala Indonesia diketuai oleh Tun Adam Malik merangkap Menteri Luar Republik Indonesia. Perjanjian itu merupakan lanjutan dari Perjanjian Bangkok dalam usaha untuk menamatkan perbalahan Malaysia- Indonesia ekoran daripada penubuhan Malaysia 1963.

Butir-butir perjanjian itu ialah:-

  1. Kerajaan Malaysia bersetuju menyelesaikan masalah antara kedua negara dengan memberi peluang kepada rakyat negeri Sabah dan Sarawak yang terlibat memilih secara demokrasi, mengundi dan menentukan kedudukannya;
  2. Kerajaan Republik Indonesia dan Malaysia bersetuju menyambung semula perhubungan diplomatik dan bertukar-tukar diplomat antara kedua buah negara secepat mungkin.
  3. Kerajaan Republik Indonesia dan Malaysia bersetuju menamatkan rasa permusuhan antara satu sama lain secara langsung.
  4. Perjanjian Perdamaian ini dikuatkuasakan pada tarikh ia ditandatangani.

Dengan temeterainya perjanjian damai itu pada hari ini dalam tahun 1966, maka tamatlah perselisihan faham di antara kedua buah negara dengan rasminya


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768