Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Perjanjian Perlaksanaan Projek Hydro Elektrik Di Pergau, Kelantan Dan Projek Jalanraya Di Sandakan, Sabah

Pada hari ini dalam tahun 1968,  Malaysia dan Australia telah menandatangani satu perjanjian usaha sama untuk melaksanakan dua projek besar yang menelan belanja kira-kira 25 juta ringgit.  Projek pertama ialah untuk membina stesen kuasa hydro-elektrik di Pergau, Kelantan dan yang kedua membina jalanraya antara Sandakan ke Ranau dan ke Telupid di negeri Sabah. Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Tengku Mohamed bin Tengku Besar Burhanuddin bagi pihak Malaysia.  Manakala pihak Australia pula diwakili oleh En.A.J. Eastman iaitu Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia.  Menurut perjanjian ini Kerajaan Australia akan memberi bantuan sebanyak kira-kira $540,000 (ringgit) untuk pembinaan projek kuasa hydro-elektrik di Pergau dan sebanyak $14,322 untuk projek pembinaan jalan di negeri Sabah. Kedua-dua projek ini siap dalam tahun 1972.  Dengan pembinaan projek kuasa hydro-elektrik di Pergau ini maka kuasa elektrik dapat dibekalkan dengan secukupnya bagi kawasan Pantai Timur.  Manakala pembinaan jalanraya antara Sandakan ke Ranau dan ke Telupid di negeri Sabah telah dapat meningkatkan lagi sistem perhubungan dalam usaha memperkembangkan lagi ekonomi negeri tersebut.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768