Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

23
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Perjanjian Persahabatan Dan Perdagangan Johor-Belanda 1685

Pada hari ini dalam tahun 1685, Perjanjian Johor-Belanda ditandatangani. Perjanjian ini adalah hasil dari rundingan yang diadakan di antara Paduka Raja dengan Francis van der Beke dan Lieutenant Jan Rosdom, iaitu wakil-wakil dari Gabenor Jeneral Belanda di Betawi, Camphuys. Perjanjian ini adalah diwujudkan untuk mendapatkan keistimewaan-keistimewaan perdagangan dari Kerajaan Johor. Perjanjian ini telah ditandatangani (bagi pihak Johor) oleh Paduka Raja, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid, Laksamana (anak Paduka Raja) dan Temenggung Johor (anak Paduka Raja juga).  Perjanjian itu bukan sahaja amat penting kepada Paduka Raja secara peribadi tetapi juga kemantapan Johor sebagai kuasa perdagangan laut dan politik di Selat Melaka dan negeri-negeri pantai timur Sumatera.  Antara perkara yang terdapat dalam perjanjian ini menyatakan bahawa Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) dibenarkan berdagang di Sungai Siak. Kapal- kapal Syarikat Hindia Timur Belanda tidak boleh pergi lebih jauh daripada Pasir Sala dan hanya boleh berdagang bijih timah dan kain seperti pedagang-pedagang asing yang lain yang diberi hak yang sama oleh Kerajaan Johor.   


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768