Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

20
Oct
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERJANJIAN PERSAHABATAN DAN KEBUDAYAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU-INDONESIA

Pada hari ini dalam tahun 1959, disaksikan lambang kedaulatan negara dengan “Bersekutu Bertambah Mutu” oleh Persekutuan Tanah Melayu dan “Bhinneka Tunggal Ika” oleh Republik Indonesia, maka temeterilah Perjanjian Persahabatan dan Kebudayaan di antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Republik Indonesia. Tun Abdul Razak b. Dato’ Hussein, menandatangani perjanjian itu bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu dan Dr. Djuanda Kartawidjaja bagi pihak Republik Indonesia. Perjanjian ini ditandatangani atas kesedaran wujudnya ikatan-ikatan sejarah bangsa dan kebudayaan yang sedia terjalin berabad-abad lamanya serta didorong dengan keinginan untuk menghidupkan semula hubungan yang terputus akibat politik penjajahan Barat dengan Inggeris di Malaya dan Belanda di Indonesia. Perjanjian ini menjadi landasan bagi kerjasama yang lebih erat dan mesra bagi negara-negara serumpun ini selaras dengan semangat Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu dan asas-asas yang dinyatakan pada Persidangan Asia-Afrika di Bandung pada tahun 1955.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768