Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

24
Oct
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Perjanjian Pertahanan Luar Dan Kerjasama Antara Persekutuan Tanah Melayu Dan United Kingdom

Pada hari ini dalam tahun 1957, satu perjanjian mengenai Pertahanan Luar dan Kerjasama telah ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan British, di Bilik Persidangan, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Dalam perjanjian itu, Persekutuan Tanah Melayu telah diwakili oleh Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, manakala Kerajaan British pula diwakili oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Persekutuan Tanah Melayu, Encik G.W. Tory. Tujuan utama perjanjian itu ialah untuk memelihara keamanan dan mengukuhkan pertahanan negara serta merapatkan kerjasama antara kedua-dua negara. Perjanjian yang ditandatangani mengandungi 12 perkara, antara lain menyatakan:

  • Persetujuan Kerajaan British membantu Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dalam bidang pertahanan luar.
  • Kerajaan British akan menolong dan membantu Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dalam bidang perluasan ketenteraan, kemudahan latihan, bantuan pentadbiran dan kemudahan peralatan ketenteraan serta bantuan teknik.
  • Kerajaan British juga akan membantu Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk memperbaiki kelengkapan ketenteraan laut, darat dan udara.
  • Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bersetuju untuk membenarkan Kerajaan British menggunakan kemudahan pengkalan tentera di Persekutuan.
  • Kedua-dua pihak juga bersetuju menggunakan kemudahan peralatan ketenteraan seperti tapak tanah, pelabuhan dan alat-alat perhubungan secara bersama untuk tujuan latihan ketenteraan.

Perjanjian Pertahanan Luar dan Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan British pada hari ini dalam tahun 1957, merupakan satu perjanjian yang amat penting bagi memelihara keselamatan dan kesejahteraan sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan.

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768