Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Perjanjian Petronas - Sabah Mengenai Pengeluaran Minyak

Pada hari ini dalam tahun 1976, telah berlangsung upacara menandatangani perkongsian pengeluaran minyak antara kerajaan Negeri Sabah dengan Petroleum Nasional Berhad (Petronas). Perjanjian yang ditandatangani oleh Petronas dengan kerajaan Negeri Sabah ini adalah sesuai dengan matlamat penubuhan Petronas untuk mengendalikan pengeluaran Petroleum dan bahan-bahan yang berkaitan dengan sumber itu di seluruh negara.Perjanjian yang berlangsung pada hari ini dalam tahun 1976 telah ditandatangani oleh Menteri Kewangan yang juga Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Haris Salleh bagi pihak kerajaan negeri.Sempena perjanjian itu, Tengku Razaleigh telah menyampaikan $10 juta ringgit sebagai bayaran pertama untuk perjanjian tersebut.Datuk Haris pula berharap perjanjian itu membolehkan Petronas menjalankan segala aktiviti petroleum di Sabah dan sekaligus turut membawa pembangunan kepada negeri itu.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768