Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERJANJIAN PINJAMAN KEDAH-SIAM DITANDATANGANI

Pada hari ini dalam tahun 1905, Perjanjian Pinjaman Wang Kedah-Siam telah ditandatangani di Bangkok dengan disaksikan oleh H.F. Williamson dan A.C.S. Ward. Pinjaman sebanyak RM2,600.00 itu dibuat oleh kerajaan Kedah untuk menampung perbelanjaan pentadbiran negeri. Sultan Kedah telah diwakili oleh Raja Muda Tengku Abdul Aziz, manakala pihak Siam diwakili oleh Menteri Kewangannya, Putera Mahisra Rachaharuthai. Di bawah perjanjian ini, Sultan Kedah dikehendaki membayar faedah pinjaman dengan kadar 6% setahun dan dikehendaki menerima dan membayar gaji seorang Penasihat Kewangan untuk negeri kedah yang dilantik oleh Siam. Sultan Kedah tidak dibenarkan membuat lain-lain pinjaman selagi pinjaman ini belum selesai. Perjanjian pinjaman ini membawa membawa kesan dan perubahan dalam sistem pentadbiran negeri Kedah antaranya perlantikan W.F. Williamson sebagai Penasihat Kewangan Kedah dimana semua urusan Mesyuarat Perundangan Negeri adalah mengikuti nasihat beliau.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768