Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

24
May
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Perjanjian Projek Program Pembangunan Tenaga Manusia ASEAN

Pada hari ini dalam tahun 1983, perjanjian mengenai Program Pembangunan Tenaga Manusia ASEAN telah ditandatangani di Kuala Lumpur. Upacara perjanjian tersebut yang telah berlangsung di Pejabat Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat di antara Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Ketua Setiausaha Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat Haji Abdul Latif Suhan dan Nihon Architect Engineers and Consultant Incorporation yang diwakili oleh Presidennya, Encik Takekuni Ikeda. Program ini dijangka akan dimulakan pada April 1983.  Perjanjian ini yang merupakan satu rangka program Pembangunan Tenaga Manusia ASEAN yang akan dapat memberi faedah kepada para belia negara ini. Menerusi perjanjian ini juga Kerajaan Malaysia menerima sebanyak 23 juta Dolar Amerika daripada Kerajaan Jepun untuk membiayai program tersebut. Para belia di negara ini juga akan mempunyai harapan yang cerah untuk meningkat ke bidang profesional dan semi profesional khususnya apabila sebuah Pusat Jurutunjuk dan Latihan Kemahiran Lanjutan siap dibina kelak. Dengan termetrainya perjanjian Projek Program Pembangunan Tenaga Manusia ASEAN itu pada hari ini dalam tahun 1983 telah berjaya mewujudkan satu lagi peluang meningkatkan kemahiran para belia di negara ini. 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768