Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Apr
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERJANJIAN SUNGAI UJUNG 1874

Pada hari ini dalam tahun 1874, Dato' Kelana Abd. Rahman Sungai Ujung dan Dato' Muda Linggi, menandatangani perjanjian menerima perlindungan British ke atas Sungai Ujung di hadapan Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Andrew Clarke di Singapura. Sebagai ganjaran, British mengakui Dato' Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujung. Perjanjian ini adalah usaha terakhir Dato' Kelana untuk menamatkan perbuatan menyekat dan mengenakan cukai secara paksa oleh pihak-pihak yang sukar diketahui ke atas pedagang-pedagang yang menggunakan Sungai Linggi.  Melalui perjanjian ini pihak British bersetuju memberi bantuan senjata, anggota tentera dan juga perlindungan kepada Dato' Kelana. British juga berkuasa penuh ke atas daerah Sempang dan kedua-dua tebing sungai di sepanjang Sungai Linggi dan Sempang hingga ke Permatang Pasir 7.  Dato' Kelana pula dikehendaki memberi maklumat penting kepada pihak British mengenai perkembangan politik dan perdagangan di Sungai Ujung. Perjanjian ini merupakan detik bermulanya campur tangan British di Sungai Ujung.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768