Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Perkhidmatan Bahagian Luar Jabatan Penerangan Sarawak Dimulakan

Pada hari ini dalam tahun 1965, Perkhidmatan Bahagian Luar Jabatan Penerangan Sarawak telah dimulakan. Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Tuan Syed Zainal Abidin mengumumkan demikian semasa berucap pada majlis perasmian kursus Pegawai-pegawai Luar Jabatan Penerangan Sarawak yang telah dirasmikan oleh Dato’ Stephen Kalong Ningkam Ketua Menteri Sarawak.  Dengan adanya Bahagian Luar ini akan dapat melicinkan lagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti Jabatan Penerangan khususnya dalam menjayakan peranan Jabatan Penerangan sebagai penghubung antara kerajaan dengan rakyat jelata. Oleh kerana Sarawak agak mundur maka gerakan-gerakan penerangan luar amat penting. Kerajaan menyediakan beberapa buah lori yang disiapkan dengan alat-alat penerangan untuk bergerak ke kawasan luar bandar.  Begitu juga dengan kawasan yang hanya dapat dihubungi melalui sungai, bot-bot akan disediakan untuk para Pegawai Penerangan keluar memberi penerangan kepada rakyat. Dengan wujudnya Bahagian Luar Jabatan Penerangan Sarawak ini akan dapat mendekatkan lagi hubungan antara rakyat pendalaman dengan pihak Kerajaan.

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768