Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

23
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Perkhidmatan International Sendiri Dail (ISD) Dilancar Secara Rasmi Ke Empat Buah Negara

Pada hari ini dalam tahun 1979, Perkhidmatan Sendiri Dail (ISD) telah dilancarkan secara rasmi ke empat buah negara iaitu Australia, United Kingdom, Jepun dan Hong Kong bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik sesuai dengan perkembangan teknologi moden masa kini.  Dengan permintaan perkhidmatan telefon yang semakin meningkat, 46 litar telefon baru dipasang dan pada masa yang sama perkhidmatan telefon separa automatik telah ditambah kepada 10 negara menjadikan jumlah negara-negara yang boleh dihubungi secara separa automatik kepada 80 buah negara. Manakala 94 buah negara lagi boleh dihubungi  secara manual.  Selepas pelancaran perkhidmatan International Sendiri Dail (ISD) ke empat buah negara  tersebut, pihak Jabatan Telekom juga telah memperluaskan lagi penggunaannya dengan tambahan 4 buah negara lagi iaitu Amerika Syarikat, Jerman Barat, Itali dan Switzerland menjadikan 8 buah negara kesemuanya yang dapat dihubungi menerusi ISD ini. Berdasarkan permintaan daripada para pelanggan terhadap teknologi canggih telekomunikasi serta kemudahan dalam perhubungan antarabangsa, Jabatan Telekom dijangka akan menambahkan lagi jumlah negara-negara yang dapat dihubungi secara ISD pada masa hadapan.  Dengan pelancaran perkhidmatan International Sendiri Dail (ISD) ini menandakan bermulanya era baru dalam sistem penggunaan teknologi telekomunikasi yang lebih canggih di negara ini.

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768