Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Perkhidmatan Keretapi Terus-Menerus Di Antara Negeri-Negeri Di Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu

Pada hari ini dalam tahun 1903, Pengurus Besar Keretapi bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, C.E. Spooner telah mengumumkan perkhidmatan keretapi terus-menerus di antara negeri-negeri di Pantai Barat iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Seberang Prai. Cadangan pembinaan landasan keretapi telah dimulakan pada tahun 1896 dari Ipoh menuju ke Tanjung Rambutan dan Chemor. Selepas itu pembinaannya berkembang melibatkan tempat-tempat lain seperti Sg. Siput (1897), Enggor, Taiping, Kuala Kangsar (1898), Perai ke Bukit Mertajam (1899), Nibong Tebal, Kuala Kubu, Tanjung Malim (1900), Sungai Besi ke Kajang (1897) dan Seremban (1903).  Perkhidmatan terus-menerus ini telah memudahkan perhubungan antara negeri-negeri tersebut dan secara tidak langsung telah membantu pembukaan ladang-ladang getah di sepanjang landasan tersebut.  Gabungan Sistem Keretapi Perak dan Selangor diselia oleh seorang Pengurus Besar bagi membantu perkhidmatan terus-menerus ini.  F.M.S. Railways juga telah memutuskan untuk membina sebuah woksyop pusat untuk membaiki dan memelihara lokomotif dan gerabak.  Woksyop ini kemudian telah dibina di Sentul, Kuala Lumpur. Dengan adanya perkhidmatan ini telah mempengaruhi perkembangan ekonomi negara ini dan seterusnya menggalakkan pembinaan landasan-landasan di negeri lain untuk kemajuan dan menarik pelaburan.  Hasil daripada inilah terbinanya sistem keretapi yang ada sekarang.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768