Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

24
Oct
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Perlantikan Guru Kerjaya Di Sekolah

Pada hari ini dalam tahun 1964, Menteri Pelajaran Encik Abdul Rahman Talib telah memberitahu Dewan Rakyat mengenai rancangan melantik guru kerjaya di sekolah.  Menurut beliau, Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah intensif untuk menjayakan projek ini. Kerjasama juga diperolehi dari kementerian lain dan badan-badan sukarela.  Rancangan ini telah pun bermula pada tahun 1962 apabila beberapa orang pakar bimbingan dari luar negeri telah didatangkan ke negara ini.  Para pakar ini telah mengendalikan latihan-latihan intensif bagi Bimbingan Vokasional dan Pelajaran kepada pentadbir-pentadbir sekolah yang berpengalaman. Melalui latihan ini, Perkhidmatan Kerjaya sekolah telah ditubuhkan di peringkat kementerian dan negeri. Usaha sedang dibuat untuk memulakan perkhidmatan ini di peringkat sekolah.  Sebuah jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Bersama Bimbingan Vokasional telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-wakil Kementerian Pelajaran dan Kementerian Buruh serta Pertubuhan Majikan.  Melalui Jawatankuasa ini, kementerian berharap dapat memberikan bimbingan kerjaya yang lebih baik kepada bakal-bakal pelajar yang akan tamat persekolahan mereka.  Rancangan Kementerian Pelajaran ini membuktikan pentingnya khidmat guru kerjaya kepada para pelajar.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768