Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Apr
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Perlembagaan Negeri Kedah 1848 Dipinda

Pada hari ini dalam tahun 1957, Baginda Sultan Kedah, Sultan Sir Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah meminda Perlembagaan Negeri Kedah tahun 1848. Pindaan itu antara lain menghapuskan jawatan Penasihat British yang diwujudkan di Negeri Kedah melalui Perjanjian Bangkok tahun 1909, yang meletakkan negeri itu di bawah pengaruh British.Upacara yang bersejarah itu berlangsung di Istana Chegar, Anak Bukit, Alor Setar, yang dihadiri oleh Raja Muda, Menteri Besar dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768