Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Perletakkan Batu Asas Pusat Peranginan Genting

Pada hari ini dalam tahun 1969, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman telah meletakkan batu asas bangunan Hotel Genting di Genting Highlands, Pahang. Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dan merentasi sempadan negeri Pahang and Selangor. Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom, YB Tun V.T. Sambanthan dan Pengerusi Syarikat Genting Highlands Berhad, Tan Sri Mohamed Noah. Idea untuk membangunkan sebuah resort di atas bukit datang daripada Pengasas Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Goh Tong. Beliau telah mendapat hak membangunkan Genting pada tahun 1964 di bawah pentadbiran YTM Tunku Abdul Rahman. Pusat peranginan yang berharga RM50 juta itu mempunyai pelbagai kemudahan seperti hospital, balai polis, pejabat pos, restoran dan sebagainya. Dalam ucapan perasmiannya, Tunku Abdul Rahman menyatakan rasa gembira kerana ada syarikat persendirian yang bersedia untuk membantu kerajaan dalam usaha memajukan pusat peranginan. Dengan pembinaan hotel dan pusat peranginan ini diharap dapat menarik kedatangan lebih ramai pelancong dan menambahkan lagi pusat pelancongan dinegara ini. 

 

 

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768