Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Apr
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERLETAKAN BATU ASAS HOSPITAL WILAYAH TELUK INTAN

Pada hari ini dalam tahun 1982, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Musa Hitam, menyempurnakan upacara meletak batu asas Hospital Wilayah, Teluk Intan, Perak.  Projek pembinaan hospital wilayah ini dilaksanakan bagi menggantikan bangunan hospital daerah yang sedia ada yang berusia hampir 100 tahun dan tidak dapat menampung keperluan pesakit yang semakin bertambah.  Pembinaan hospital wilayah yang lebih besar dan moden ini, menelan belanja hampir RM43.6 juta. Dibina di atas kawasan seluas 65 ekar di Batu 31/2, Jalan Changkat Jong, hospital ini dijangka siap dalam tempoh 36 bulan. Hospital ini juga akan menjadi pusat melatih para pekerja hospital dan petugas lain termasuk pereka bentuk hospital. Datuk Musa Hitam dalam ucapannya menyatakan, pelaksanaan hospital wilayah itu akan dilaksanakan di bawah sistem ‘turn key’ atau ‘cepat bina’ di bawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri.  Pembinaan projek sulung hospital wilayah di negara ini, dapat menyediakan pelbagai kemudahan dan memberi keselesaan kepada pesakit-pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan di sini.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768