Juga Pada Hari Ini..
-
PERBAHASAN MENGENAI KEDUDUKAN KUASA KETURUNAN BROOKE DI SARAWAK
-
PELANCARAN KEMPEN ANTI DADAH PERINGKAT KEBANGSAAN
-
FORUM PERTAMA ASEAN-JEPUN MENGENAI PASARAN GETAH
-
SURUHANJAYA COBBOLD MEMULAKAN TUGAS DI KUCHING
-
Rang Undang-Undang Baru Imigresen Diluluskan
-
Perubahan Nama Pejabat Perhubungan Raya (Jabatan Penerangan)
-
Mesyuarat Pertama Menteri-Menteri Besar Sembilan Buah Negeri Melayu
Peristiwa
PERLETAKAN BATU ASAS STADIUM MERDEKA
Pada hari ini dalam tahun 1957, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, menyempurnakan perletakan batu asas Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Pembinaan Stadium ini adalah sebagai persiapan menyambut kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Kerja-kerja pembinaannya diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya sejak September 1956 dan siap pada 21 Ogos 1957. Stadium ini mempunyai kemudahan dan kelengkapan sukan yang setanding dengan stadium antarabangsa di negara-negara lain pada ketika itu. Stadium Merdeka dibuka kepada orang ramai buat pertama kalinya pada 24 hingga 29 Ogos 1957. Di stadium ini jugalah laungan keramat ‘Merdeka’ oleh YTM Tunku Abdul Rahman bergema pada 31 Ogos 1957 menandakan pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Pembinaan stadium ini merupakan satu kemajuan ke arah perkembangan kegiatan sukan dan kebudayaan di negara ini.
Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia