Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama) Ditubuhkan

Pada hari ini dalam tahun 1971, Persatuan-Persatuan Wartawan Wanita Malaysia ringkasnya PERTAMA telah ditubuhkan.Puan Azah Aziz telah diberi kepercayaan sebulat suara untuk menerajui persatuan itu dengan menjadi Ketua Satu dan Pengerusinya. PERTAMA ditubuhkan atas kesedaran perlunya diwujudkan sebuah persatuan bagi menyatu dan menyelaraskan kegiatan dan peningkatan profesion kewartawanan di kalangan wanita.Tujuan penubuhannya antara lain ialah:

  • Untuk menyatupadukan wartawan wanita tanah air.
  • Bekerjasama dalam berbagai kegiatan dan usaha meninggikan lagi taraf kewartawanan.
  • Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan wanita lain dan membantu usaha-usaha memperbaiki taraf kedudukan kaum wanita di negeri ini melalui pekerjaan dalam sebaran am,
  • Memperjuangkan hak wartawan wanita jika timbul sebarang layanan diskriminasi terhadap mereka dalam pekerjaan.

Kegiatan PERTAMA merangkumi pelbagai bidang, antara lainnya menganjurkan beberapa forum dan seminar termasuk seminar Wartawan Wanita ASEAN. Di samping itu, ia juga sering menganjurkan lawatan sambil belajar ke negera-negara jiran dan lain-lain negara terdekat untuk meluaskan pengetahuan ahli-ahlinya. Sesungguhnya penubuhan PERTAMA pada hari ini dalam tahun 1971 dapat memainkan peranan penting sebagai bidang kewartawanan.  

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768