Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERSETUJUAN MEMBENTUK BADAN PERUNDING MAPHILINDO

Pada hari ini dalam tahun 1963, Sidang Manila yang dihadiri oleh Menteri Luar Indonesia, Tanah Melayu dan Filipina, telah mencapai persetujuan untuk membentuk badan perunding Maphilindo. Persetujuan ini dibuat bagi memudahkan usaha-usaha menyelesaikan sengketa ketiga-tiga buah negara mengenai gagasan Malaysia. Selain dari itu, pembentukan badan ini juga diharap dapat mengeratkan kerjasama ketiga-tiga buah negara dalam bidang keselamatan, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Dalam persidangan ini, wakil ketiga-tiga negara telah mencapai beberapa persetujuan. Persetujuan yang lebih dikenali sebagai 'Manila Accord' ini telah berjaya membentuk 'Maphilindo'. Kesemua persetujuan ini telah mendapat pengesahan dan ditandatangani oleh ketua ketiga-tiga buah negara iaitu YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Presiden Sukarno dan Presiden Macapagal dalam sidang kemuncak Manila pada 31 Julai 1963.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768