Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

20
Oct
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERSIDANGAN ANTARABANGSA LINGUISTIK MELAYU DIRASMI

Pada hari ini dalam tahun 1992, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz, merasmikan Persidangan Antarabangsa Linguistik Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.  Persidangan ini bukan sahaja dapat menemukan pakar Bahasa diperingkat Antarabangsa malah dapat mencanai buah fikiran peserta-peserta bagi memantap serta menentukan arah tuju penggunaan Bahasa Melayu di luar negara di masa hadapan. Beberapa kertas kerja dibentangkan hasil pengalaman dan penyelidikan yang dijalankan oleh perserta-peserta dalam usaha menjadikan Bahasa Melayu sebagai ‘Langua-Franca’ bukan sahaja di bidang sains dan teknologi tetapi juga dalam perdagangan Antarabangsa. Datuk Seri Rafidah menyarankan Bahasa Melayu dijadikan bahasa pilihan di pusat pengajian tinggi di Asia Timur dalam usaha menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asean. Rantau Asia yang kini muncul sebagai satu kuasa ekonomi, menjadi platform yang baik untuk mengembangkan Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama di dunia. 

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768