Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERSIDANGAN GABENOR-GABENOR BANK PUSAT ASIA TENGGARA YANG KE 3

Pada hari ini dalam tahun 1968, Perdana Menteri Malaysia, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah membuka dengan rasminya Persidangan Ke-3 Gabenor-gabenor Bank Negara Asia Tenggara bertempat di Wisma Putra, Kuala Lumpur. Persidangan yang julung-julung kali diadakan di Malaysia, dihadiri oleh sembilan buah negara terdiri daripada Ceylon, Filipina, Laos, Malaysia, Nepal, Singapura, Vietnam Selatan dan Thailand. Malaysia diwakili oleh Gabenor Bank Negara, Encik Ismail bin Mohd. Ali.  Dantara perkara yang dibincangkan adalah mengenai fungsi utama bank pusat disetiap negara iaitu menjalankan dan melaksanakan polisi kewangan negara khasnya dalam usaha mendapatkan wang untuk projek-projek pembangunan yang penting. Dengan adanya persidangan seumpama ini, diharapkan usaha memajukan projek-projek pembangunan yang memerlukan modal yang besar dapat dilaksanakan dengan usaha sama negara-negara di rantau ini. 

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768