Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

26
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Persidangan Islam Antarabangsa Yang Pertama

Pada hari ini dalam tahun 1969, Persidangan Islam Antarabangsa yang pertama telah berlangsung di Kuala Lumpur. Upacara perasmiannya telah disempurnakan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin. Persidangan yang diadakan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya ini berlangsung selama seminggu dan disertai oleh seramai 100 orang para perwakilan daripada 23 buah negara Islam. Turut hadir di upacara pembukaan ini ialah Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman; Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak; Menteri-Menteri Kabinet; Diplomat-diplomat Asing; dan Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan. Persidangan Islam Antarabangsa yang julung-julung kali diadakan itu adalah mengambil sempena ulang tahun wujudnya Islam di dunia. Persidangan tersebut diadakan bagi tujuan memupuk semangat perpaduan di kalangan umat Islam dalam usaha mencari kemajuan dan menghapuskan kejahilan dengan jalan yang diredhai Allah. Di antara persoalan yang paling hangat dibincangkan di persidangan ini ialah mengenai masalah pembebasan Palestin dan penentangan terhadap kezaliman Yahudi.

Di akhir persidangan, beberapa ketetapan dipersetujui antaranya bekaitan dengan pelajaran, perubatan, kekeluargaan serta penetapan puasa dan hari raya. 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768