Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERSIDANGAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK DIRASMI

Pada hari ini dalam tahun 2011, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah berkenan merasmikan Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak kali ke-174 di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh.  Dalam titahnya Baginda menyeru orang Melayu untuk terus mempertahankan tulisan jawi supaya terus hidup dan tidak pupus. Titah Baginda, tulisan jawi merupakan khazanah bangsa yang bukan sahaja wajib dikekalkan tetapi diberi keutamaan dan dipertahankan selagi Melayu tidak hilang di dunia. Titah Baginda lagi, tulisan jawi telah memartabatkan Bahasa Melayu dan menyuntik komponen tulisan sehingga menjadikannya bahasa yang indah.  Melalui tulisan jawi juga, Bahasa Melayu tersebar dengan lebih luas dan berperanan amat penting untuk merakamkan secara bertulis kekayaan sejarah dan warisan bangsa serta menjadi bahasa ilmu. Baginda menzahirkan harapan agar semangat para pejuang bahasa dalam mempertahankan warisan bangsa Melayu, perlu diberi penghargaan dan sokongan oleh setiap anak Melayu yang berjiwa dan bersemangat Melayu.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768