Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

26
May
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERSIDANGAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU MENJELANG MERDEKA

Pada hari ini dalam tahun 1957, Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu telah diadakan di Kuala Lumpur. Di antara perkara-perkara penting yang dipersetujui ialah perlantikan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan perlantikan Pengerusi Tetap bagi Majlis Raja-Raja setelah kemerdekaan diisytiharkan. Sebelum itu jawatan Pengerusi dipegang secara bergilir-gilir di antara Raja-raja Melayu. Isteri Yang di-Pertuan Agong diisytiharkan sebagai Permaisuri Agong dan sebagai Wanita Pertama, mendahului isteri-isteri raja-raja yang lain. Persidangan itu juga bersetuju supaya pengisytiharan kemerdekaan dijalankan selepas upacara penyerahan kuasa secara rasmi oleh Wakil Diraja Inggeris kepada pihak Persekutuan Tanah Melayu di Stadium Merdeka. Persidangan juga meluluskan rangka cadangan perjanjian pertahanan dan kerjasama di antara Persekutuan Tanah Melayu dengan England. Persidangan ini merupakan persidangan yang terakhir sebelum merdeka dan majlis terus bersidang selepas Merdeka.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768