Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERSIDANGAN PARTI-PARTI MELAYU PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1953,  satu  persidangan  Parti-Parti  Politik  Melayu  seluruh  Tanah  Melayu  telah  diadakan  bertempat  di rumah UMNO Jalan Ibrahim, Johor Bahru.  Persidangan  yang  dianjurkan  oleh  UMNO  ini   telah  dihadiri  oleh  lebih  28  orang  wakil  dari  parti-parti  Melayu  seperti  UMNO,  PAS,  Persekutuan  Melayu  Singapura  (PMS),  Lembaga  Kesatuan  Melayu  Johor,  Persekutuan  Melayu  Semanjung,  Persekutuan  Pemuda  Kelantan  dan  beberapa  wakil  yang  lain.  Antara  perkara  yang  menjadi  perbincangan utama  ialah  mengenai  Kemerdekaan  Tanah  Melayu,  tarikh  kemerdekaan  dan  pilihanraya.  Perbezaan  pendapat  antara  parti-parti  politik  Melayu  juga  turut  diperbincangkan.  Tunku  Abdul  Rahman,  Ketua  Parti  UMNO  turut  menjelaskan  dalam  persidangan  ini  mengenai  penukaran  cogankata  UMNO  daripada  “Hidup  Melayu”  kepada  “Merdeka”.  Sesungguhnya,  Persidangan  yang  diadakan  pada  hari  ini  dalam  tahun  1953,  telah  membuat  beberapa  ketetapan yang  akan  dibentangkan  di dalam  Kongres  Kebangsaan  yang  akan  diadakan di Kuala  Lumpur. 

Skrip: Nurzuliana Kamaruzaman / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768