Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERSIDANGAN PEGAWAI-PEGAWAI SYARIKAT KERJASAMA SELURUH PERSEKUTUAN

Pada hari ini dalam tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mengadakan Persidangan Pegawai-pegawai Syarikat Kerjasama seluruh Persekutuan Tanah Melayu bertempat di Teknikal Kolej, Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Persidangan itu diadakan bertujuan mengkaji semula peranan dan memajukan syarikat-syarikat kerjasama, sekaligus usaha-usaha ini dapat meninggikan lagi taraf ekonomi dan kemajuan sosial penduduk di negara ini. Berucap semasa merasmikan persidangan itu, Menteri Pertanian Encik Abdul Aziz Ishak mengingatkan semua pegawai supaya dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, demi kepentingan dan kemajuan ekonomi negara. Usaha-usaha mengadakan persidangan tersebut sudah pasti membuka ruang terhadap percambahan pemikiran dan idea-idea baru untuk memajukan perjalanan syarikat kerjasama di negara ini.

Skrip: Nurzuliana Kamaruzaman / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768