Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Persidangan Pemimpin-Pemimpin Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Sedunia, Kawasan Asia

Pada hari ini dalam tahun 1962, Malaysia buat kali pertamanya terpilih menjadi tuan rumah bagi Persidangan Pemimpin-pemimpin Kebangsaan Kawasan Asia, Persatuan Pandu Puteri Sedunia. Pembukaan rasmi persidangan ini dilakukan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.  Persidangan tersebut berlangsung di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. 16 buah negara menghantar 42 orang perwakilan ke persidangan itu. Di antara negara-negara peserta termasuklah Australia, Burma, Sri Lanka, Hong Kong, India dan Pakistan. Ketua Pandu Puteri Sedunia, Lady Baden Powell turut hadir. Tujuan utama persidangan ini ialah untuk merapatkan lagi persefahaman dan persahabatan di kalangan ahli-ahli Pandu Puteri Asia. Persidangan sepuluh hari itu antara lain membincangkan rancangan-rancangan kerja pergerakan Pandu Puteri bagi seluruh Asia. Perhatian juga ditumpukan kepada usaha mengubahsuai dasar asas Persatuan Pandu Puteri Sedunia mengikut suasana Asia. Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang turut berucap di hari pembukaan menyeru penduduk Asia supaya bersatu dalam usaha ke arah keamanan, persefahaman dan muhibah.

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768