Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Persidangan Persatuan Majistret Commonwealth

Pada hari ini dalam tahun 1975, Persidangan Persatuan Majistret Commonwealth ke-4 telah dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak.  Seramai lebih 200 orang perwakilan dari 33 buah negara Commonwealth telah menghadiri persidangan tersebut.  Persidangan ini bertujuan untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan perundingan negara-negara lingkungan Commonwealth.  Dalam ucapan perasmiannya Perdana Menteri menyatakan bahawa Malaysia sentiasa berpegang teguh kepada prinsip keutuhan undang-undang bukan sahaja di dalam negara bahkan di peringkat antarabangsa kerana dengan cara ini akan dapat menjamin ketenteraman dunia dan keamanan berkekalan di kalangan negara.  Beliau juga menyeru kepada para perwakilan agar keamanan dunia hendaklah dipertahankan dan amatlah penting bagi setiap negara sama ada besar atau kecil menghormati kedaulatan dan kemerdekaan satu sama lain dengan tidak campurtangan dalam hal ehwal negara-negara lain. Sesungguhnya persidangan persatuan Majistret Commonwealth ini merupakan usaha-usaha positif ke arah menyelaraskan dan menilai kembali sistem perundangan di negara-negara anggota Commonwealth.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768