Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Persidangan Pertama Kadi-Kadi Seluruh Perak

Pada hari ini dalam tahun 1981, satu Persidangan Kadi-kadi Seluruh Negeri Perak yang pertama telah diadakan. Persidangan ini telah dirasmikan oleh ahli Exco, Haji Saidin Haji Mat Piah sebagai wakil kepada Menteri Besar Negeri Perak, YAB Dato Sri Haji Wan Mohamad Haji Wan Teh bertempat di Bilik Gerakan Pembangunan Negeri, Ipoh, Perak dan telah dihadiri oleh semua kadi dari seluruh negeri Perak. Kerajaan Negeri Perak telah menyediakan peruntukan berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri dalam rancangan Malaysia Keempat. Antara projek yang akan ditampung oleh peruntukan itu ialah pembinaan Kompleks Islam yang akan dibina di Jalan Bukit Gantang, pelajaran agama dan kursus, aktiviti dakwah serta pembangunan kemajuan tanah wakaf. Jelas beliau, apabila Kompleks Islam siap dibina, ia akan disewa kepada Jabatan-jabatan Kerajaan serta pihak-pihak swasta yang mana ianya akan menjadi sumber ekonomi kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan umat Islam dalam negeri Perak.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768