Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Persidangan Suruhanjaya Perhutanan, Perbekalan Makanan Dan Tanaman

Pada hari ini dalam tahun 1952, Persidangan Suruhanjaya Perhutanan, Perbekalan Makanan dan Tanaman, Bangsa-bangsa Bersatu yang pertama diadakan di Dewan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan, Kuala Lumpur.  Persidangan antarabangsa yang memakan masa selama 3 hari ini dibuka oleh Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan, Tuan D.C. Mac Gillivray. Persidangan yang merupakan sambungan dari persidangan di Singapura ini adalah persidangan antarabangsa yang pertama diadakan di Tanah Melayu. Ia dihadiri oleh 80 orang wakil dari 11 buah negara yang terdiri daripada India, Indonesia, Australia, Vietnam, Sri Lanka, Cambodia, Siam, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara. Persidangan ini juga telah membincangkan dan mencari penyelesaian mengenai masalah-masalah kehutanan. Rumusan juga telah dibuat untuk membaharui pasaran yang menggunakan kayu kayan. Wakil-wakil ke persidangan ini telah menilai tentang kegunaan kayu api bakau, kayu arang, kegunaan di lombong, pembinaan dan tiang-tiang telegraf. Wakil-wakil ke persidangan ini telah dibawa melawat ke tempat-tempat menyimpan kayu kayan, hutan simpanan kayu bakau, pusat kajian kayu kayan dan tempat tanaman semua jenis kayu yang terdapat di negara ini yang bertempat di Kepong. Mereka juga dibawa melawat kawasan hutan bakau di Klang dan Pelabuhan Klang bagi melihat dan mengkaji masalah yang wujud dengan lebih teliti. Persidangan yang diadakan pada hari ini dalam tahun 1952, menunjukkan bahawa pihak  Bangsa-bangsa Bersatu memberikan perhatian yang berat tentang masalah dan kepentingan kayu kayan. Ia bukan sahaja berjaya membincangkan dari segi pemasaran dan masalahnya tetapi juga tentang keperluan mengawal pengeluarannya. Ini adalah perlu untuk memastikan sumber alam yang agak terhad ini tidak pupus.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768